Monday, May 31, 2010

MENGHILANGKAN BINTIK HITAM


Jika anda risau dengan bintik hitam yang ada pada wajah anda, ambil segenggam pucuk jambu batu dan tumbuk sehingga hancur. Gosokkan perlahan-lahan bahan tersebut pada kulit yang bermasalah. Insyaalah, lama-kelamaan bintik hitam tersebut akan hilang.

MELEBATKAN RAMBUT


Ambil beberapa daun lidah buaya, diasingkan isi daripada kulitnya. Kemudian lumurkan isi lidah buaya tersebut ke rambut dan biarkan selama 1jam. Barulah dibilas. Amalkan petua ini setiap minggu dan anda akan mendapat hasil yang menggembirakan.

MERAWAT BISUL

Bisul boleh dirawat menggunakan biji asam jawa yang dipanggang sehingga keluar bau kemudian bancuh dengan sedikit air dan sapukan pada bahagian yang terkena bisul. Insya-Allah bisul itu akan hilang dengan cepat jika ianya selalu diamalkan.

CARA MELEBATKAN BULU KENING

Dengan hanya menggunakan bawang putih, anda mampu mendapatkan bulu kening yang lebat dan tersusun. Caranya ialah meggunakan bawang putih yang dibelah dua, kemudian lurutkan pada kening setiap pagi. Insya-Allah anda akan mendapat hasil yang memuaskan.

HILANGKAN PAKAIAN YANG TERKENA KARAT

Pakaian yang terkena karat pasti sukar dihilangkan jika dicuci dengan menggunakan sabun biasa.bagi menghilangkan karat,campur perahan limau nipis dengan satu sudu garam. Kacau sebati dan sapukan pada bahagian yang terkena karat. Biarkan ianya seketika sebelum diberus.

ELAK DEMAM KUNING

Untuk mengelakkan anak daripada terkena demam kuning selepas dilahirkan, ibu mengandung perlulah mengamalkan minum air kelapa muda serta isinya. Amalkan selalu sehingga kelahiran bayi.

BIJI KUNDUR ATASI DEMAM PANAS

Ambil biji di dalam buah kundur dalam anggaran 7biji. Goreng sehingga kehitaman seperti biji kopi. Selepas itu tumbuk sehingga lumat dan campur ke dalam secawan air suam. Berilah minum kepada pesakit yang demam tersebut. Amalkan selalu sehingga demam panas menjadi kebah.