Monday, May 31, 2010

MENGHILANGKAN BINTIK HITAM


Jika anda risau dengan bintik hitam yang ada pada wajah anda, ambil segenggam pucuk jambu batu dan tumbuk sehingga hancur. Gosokkan perlahan-lahan bahan tersebut pada kulit yang bermasalah. Insyaalah, lama-kelamaan bintik hitam tersebut akan hilang.

MELEBATKAN RAMBUT


Ambil beberapa daun lidah buaya, diasingkan isi daripada kulitnya. Kemudian lumurkan isi lidah buaya tersebut ke rambut dan biarkan selama 1jam. Barulah dibilas. Amalkan petua ini setiap minggu dan anda akan mendapat hasil yang menggembirakan.

MERAWAT BISUL

Bisul boleh dirawat menggunakan biji asam jawa yang dipanggang sehingga keluar bau kemudian bancuh dengan sedikit air dan sapukan pada bahagian yang terkena bisul. Insya-Allah bisul itu akan hilang dengan cepat jika ianya selalu diamalkan.

CARA MELEBATKAN BULU KENING

Dengan hanya menggunakan bawang putih, anda mampu mendapatkan bulu kening yang lebat dan tersusun. Caranya ialah meggunakan bawang putih yang dibelah dua, kemudian lurutkan pada kening setiap pagi. Insya-Allah anda akan mendapat hasil yang memuaskan.

HILANGKAN PAKAIAN YANG TERKENA KARAT

Pakaian yang terkena karat pasti sukar dihilangkan jika dicuci dengan menggunakan sabun biasa.bagi menghilangkan karat,campur perahan limau nipis dengan satu sudu garam. Kacau sebati dan sapukan pada bahagian yang terkena karat. Biarkan ianya seketika sebelum diberus.

ELAK DEMAM KUNING

Untuk mengelakkan anak daripada terkena demam kuning selepas dilahirkan, ibu mengandung perlulah mengamalkan minum air kelapa muda serta isinya. Amalkan selalu sehingga kelahiran bayi.

BIJI KUNDUR ATASI DEMAM PANAS

Ambil biji di dalam buah kundur dalam anggaran 7biji. Goreng sehingga kehitaman seperti biji kopi. Selepas itu tumbuk sehingga lumat dan campur ke dalam secawan air suam. Berilah minum kepada pesakit yang demam tersebut. Amalkan selalu sehingga demam panas menjadi kebah.

ELAK NASI CEPAT BASI

Nasi cepat basi jika dibiarkan semalaman. Untuk mengelakkannya, tabur secamca kecil garam di dalam beras. Biarkan selama 3minit. Kemudian barulah dibilas sehingga bersih.

WANGIKAN PETI SEJUK

Apabila membuka peti sejuk, kita sering terhidu bau yang kurang enak. Cara mengatasinya, ambil beberapa helai daun pandan dan disimpulkan satu persatu. Letakkan di setiap penjuru di dalam peti sejuk. Gantikannya setiap kali daun pandan tersebut menjadi betul-betul kering, anggaran 2minggu sekali. Anda akan mendapati peti sejuk anda lebih harum dengan haruman semulajadi tersebut.

MENGILATKAN PERIUK


Rendamkan periuk yang berkerak ke dalam air yang berisi sesudu soda bikarbonat selama semalaman. Keesokannya, sental periuk tersebut dan bilas. Menyentalnya juga menjadi lebih mudah. periuk anda juga semakin tampak berkilat seakan baru.

HILANGKAN KEGATALAN KULIT KEPALA

Ambil sebiji limau nipis dan diperah airnya. Lumurkan ke seluruh kepala anda. Elakkan daripada terkena mata. Bilaslah selepas 15minit.

Thursday, May 20, 2010

MENGHINDARKAN KUTU PADA BERAS

Membersihkan beras yang mengandungi kutu beras amat merimaskan. Manakan tidak, beras tersebut terpaksa dibasuh berulang kali. Caranya menghindarinya, ambil beberapa tangkai cili kering dan letakkan di dalam tong menyimpan beras di rumah anda, selepas beberapa hari anda akan mendapati kutu beras tersebut semakin berkurangan.

CARA MENGELAKKAN DAGING MENJADI LIAT

Mengunyah daging lembu atau kerbau dalam masakan seperti kari atau sup memang enak tetapi jika terkena daging yang liat, pastinya selera makan terbantut. Mungkin kerana daging itu adalah dari kerbau atau lembu yang telah tua. bagi melembutkan daging liat ini, rebuskan daging terlebih dahulu bersama beberapa helai daun nangka sebelum memasak mengikut menu kegemaran. insya- Allah daging tersebut terasa lembut dan enak. Selera makan anda juga akan bertambah.

Wednesday, May 19, 2010

CARA UNTUK MENGHILANGKAN BAU DAN LENDIR AYAM


Bau dan lendir pada ayam boleh menyukarkan kita memasak. Cara untuk menghilangkan bau dan lendir ayam ialah rendamkan ayam dengan cuka sebelum ianya di potong buat seketika. Kemudian basuh ayam seperti biasa dan anda bolehlah menyediakan masakan seperti biasa.

CARA UNTUK MERAPUHKAN ACAR MENTAH


Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan acar yang rapuh dan enak. Salah satu caranya ialah renndamkan timun atau kobis yang telah dipotong ke dalam air bersama setengah sudu kapur selama 10 minit. Acar boleh dibuat selepas timun atau kobis yang direndam itu dibasuh. Hasilnya anda akan mendapat acar mentah yang enak dimakan.

CARA MENGUJI KESEGARAN TELUR



Untuk mengetahui samada telur yang dibeli atau disimpan masih elok atau tidak, isikan telur ke dalam periuk yang diisi dengan garam. Telur yang segar akan tenggelam, manakala telur yang rosak akan timbul. Selamat mencuba..