Jika anda risau dengan bintik hitam yang ada pada wajah anda, ambil segenggam pucuk jambu batu dan tumbuk sehingga hancur. Gosokkan perlahan-lahan bahan tersebut pada kulit yang bermasalah. Insyaalah, lama-kelamaan bintik hitam tersebut akan hilang.

Blog ini memaparkan tentang petua-petua tradisional yang digunakan oleh orang dulu-dulu. Semoga segala petua yang diberikan dapat memberi manfaat kepada anda semua..
Bisul boleh dirawat menggunakan biji asam jawa yang dipanggang sehingga keluar bau kemudian bancuh dengan sedikit air dan sapukan pada bahagian yang terkena bisul. Insya-Allah bisul itu akan hilang dengan cepat jika ianya selalu diamalkan.
Untuk mengelakkan anak daripada terkena demam kuning selepas dilahirkan, ibu mengandung perlulah mengamalkan minum air kelapa muda serta isinya. Amalkan selalu sehingga kelahiran bayi.
Ambil biji di dalam buah kundur dalam anggaran 7biji. Goreng sehingga kehitaman seperti biji kopi. Selepas itu tumbuk sehingga lumat dan campur ke dalam secawan air suam. Berilah minum kepada pesakit yang demam tersebut. Amalkan selalu sehingga demam panas menjadi kebah.
Apabila membuka peti sejuk, kita sering terhidu bau yang kurang enak. Cara mengatasinya, ambil beberapa helai daun pandan dan disimpulkan satu persatu. Letakkan di setiap penjuru di dalam peti sejuk. Gantikannya setiap kali daun pandan tersebut menjadi betul-betul kering, anggaran 2minggu sekali. Anda akan mendapati peti sejuk anda lebih harum dengan haruman semulajadi tersebut.
Ambil sebiji limau nipis dan diperah airnya. Lumurkan ke seluruh kepala anda. Elakkan daripada terkena mata. Bilaslah selepas 15minit.